Without You I'm Nothing


Ramadhan pertama tanpa Ayahanda tercinta..

Isnin, 6 Mei 2019 Ramadhan 1440 hijrah..

Setiap kali sebelum sahur.. Bapak akan ingatkan semua orang supaya niat.. Siap suruh baca depan die lagi.. "Lepas habis sahur g solat sunat tahajjud" itulah perkataan yang diulang dari aku kecik...

Tetapi sesungguhnya semua yang ada dibumi hanyalah pinjaman dari ilahi..

Ramadhan kali ini terasa sunyi tanpa ayahanda disisi kami.. Semoga semua tunjuk ajar serta Nasihat tersemat dijiwa kami selama kami masih dibumi..

Terima Kasih duhai Insan Yang berhati Mulia.. Membesarkan kami dengan sempurna..

Segala Tanggungjawab telah kau jalankan dengan sempurna..

Bapak selalu cakap.. Tempat Rehat yang Abadi bukanlah didunia..
Rehatlah duhai Ayahanda..
Moga tempatmu setinggi-tinggi Syurga..
Dekat dikalangan para Sahabat Nabi..

Terima Kasih Mendidik kami mengenal Allah swt dan kekasihnya..
Kerana pinjaman yang kau hadiahkan ini sungguh tinggi nilainya wahai tuhan yang Maha esa..
Menjadikan Kami Manusia..

Segala Jasa , Pengorbanan dan Penat lelah Moga Allah kurniakan Syurga tertinggi buatmu wahai Ayahanda yang Tercinta..

Cah sayang bapak selamanya sampai syurga..
Moga Allah swt menyayangimu seperti mana dikau menyayangi kami.. 🌹