Menuntut ilmu hingga ke negara cina..


Kenapa Bapak selalu cakap Pergi Menuntut Ilmu?

Kerana ilmu menjadikan kite ketua yang disegani..
Kerana ilmu melembutkan segala ego dihati..
Kerana ilmu dapat menasihati dengan penuh dedikasi..
Dan 
Kerana Ilmu Hidup didunia Diberkati
Serta 
Diakhirat nanti Dibantu Ilahi dan Nabi..



Segala Catatan Mengigatkan diri moga sentiasa ingat mati..
Kerana yang Berjaya didunia adalah mereka yang sentiasa mengigati mati..

22/2/2019

Seorang Ketua yang disegani telah dijemput ilahi..
Pesanan serta didikan akan selalu anakanda 
semat didalam hati sehingga waktu
menjemput anakanda tiba pula nanti..

Hanya satu harapan anakanda..
Moga nanti dapat bersama ayahanda lagi..


22/6/2019

Cukup 4 Bulan Hidup tanpa Kasihmu wahai ayahanda..
Emak selalu rindukan Bapak..
sama macam cah juga..
Tak pernah lupa bapak walau sesaat..
Alhamdulillah Allah swt izin cah jaga bapak..
Terima Kasih YaRabb..


Cah harap bende yang sama macam bapak harap..
selagi tak selesai tanggungjawab..
cah takkan pergi..
Moga Allah Ampunkan segala dosa cah..
Barulah Allah jemput cah pegi..

Segala ape yang cah takut selameni dah jadi..
Hilangnye kekasih hati yang paling cah sayangi..
Maaf Terkasar bahasa dulu..
Cah Sayang Bapak..
Jika Allah izin.. Bia cah pegi dlu.. 
Cah sanggup ganti tempat bapak..
tapi Allah tak izin takdir tu jadi..
Cah redha dengan ketentuan ilahi..
cah akan terus berbakti disini..
Jaga Mak dan Adik2 mcm yang bapak harapkan..
Moga Allah sentiasa beri cah kekuatan..
Mengharungi Badai Ujian Yang Bakal mendatang..



Walau bapak da xde..
Cah tau..
Bapak selalu doakan kami..

---------------------------------------------------------------------------------------------

18/6/2019...12:53PM