Saat
kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus
memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik
ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak
di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air
mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit
ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya
menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan
kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka
duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini
tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.
Wahai
Hamba Ilahi,
Allah
mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk
hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus
pada jalanNya..
Ingatlah,
Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya,
melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam
dariNya..
Ketika
kita senang, dengan senang kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita
meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya
bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kita tidak akan dapat
merasai apa yang kita miliki saat ini..
Sedarlah
jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah
segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerana setiap
kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian
hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya
kita.
marilah
kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran
buat kita agar terus berjaya di masa depan.Jangan biarkan kegagalan itu
membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu
wahai jiwa – jiwa yang terluka..
Jangan
bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah
terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah
pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda
tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak
juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan
bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali
tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi
kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia
yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah
kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang
tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan
Jangan
bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan
anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan
malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan
ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
Wahai
hamba Allah, iaitu saya dan kamu..
Gara-gara
kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar
dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang
menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita
dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah
tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya
kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa
banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga
Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita
supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan
dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang
diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini
dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita
semua.
Lihatlah
disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah
berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan..
jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)