🙇 Maafkan Daku Rabb 😢😢


Kita menangis..
Mencari dimanakah pelangi..
Tetapi Allah hadirkan hujan yang sangat lebat..
Kita lupa tiada apa yang kekal dimuka bumi ini..
Kehadiran pelangi kembali didalam hidup ini telah Membuka mata hati..
Agar sentiasa bersyukur..
Dengan apa pon yang Allah bagi..

Jangan tinggalkan kami Rabb..
Tiada daya upaya kami melainkan kau membantu..
Pulihkanlah segala hati yang aku sakiti..
Kerana aku sangat mencintai..

Berikan daku hati yang baru..
Agar hidupku sentiasa diberkati olehmu..
Berikan aku cinta yang murni..
Menerima diri ini seadanya anugerah terindah darimu..
Kerna..
Kesempurnaan hanya milikmu..

Suatu hari nanti..
Pabila hatiku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang..
Yang hatinya sentiasa bertaut padamu..
Agar kami tidak jatuh kedalam jurang cinta nafsu..

Satukanlah kami..
Jika dgn cinta kami..
 mendekatkan hati kami kepadamu..
Jika bahagia sementara..
Berilah kami redha..
Jika selamanya..
Izinkan kami bersama ke Jannahmu..