💕 Besarnya Kuasa Doa 🙇👨‍👩‍👦


Harini hari merdeka..
Semua orang bersuka ria..
Tetapi aku seperti biasa sentiasa ingin perbetulkan apa yang salah..

Kata ayahanda dia juga sentiasa mencuba memperbaiki diri..
Ketegasan terhadap anaknya mungkin keterlaluan hinggakan lupa memberi kasih sayang..

Kerana keturunannya bukanlah jenis berkasih sayang..

Dia juga belajar memperbaiki diri serta meminta aku turut membantunya..

Aku juga tidak mahu tragedi itu berulang lagi kerana faktor kekurangan ilmu..
Serta utamakan nafsu amarah menguasai diri..

Aku harap aku sentiasa kuat melalui badai ujian hingga akhirnya
kerana selagi hidup syaitan berjanji merosak diri anak adam hingga sesat..

Salah Faham juga dicipta oleh iblis untuk porak perandakan keluarga..

Kerana hubungan kekeluargaan sgtlah kuat jika dibandingkan hubungan yang lainnya..

Sentiasalah berdoa moga keluarga kita sentiasa dilindungi..

Kerana hebatnya kuasa doa..
Sentiasalah meminta bantuannya..
Kerana dia sentiasa mendengar doa hamba2nya yang meminta..

Kerana izinnya..
Kami kembali seperti sedia kala..
Terima kasih semua kerana mendoakan..

Kerana Allah swt itu selalu membantu tika ujian menerpa diri..

Derhaka..

Aku harap.. Aku tidak terpilih untuknya..

Terima Kasih Rabb..
Sentiasa mengigatkan hambamu ini..

Semoga sakinah bersama kita hingga syurga..

Cah terlalu cintakan kamu..

Ayahanda bonda.. Dan Keluarga.. ❤



________________________________________________________________________________________

-SueAli-