Ujian 🌧🌧🌈🌈



Bahagia menghampiri ketika puas kita mencari dimanakah pelangi.. Ketika air mata gugur kebumi kerna alpa dan tidak mensyukuri pemberian ilahi..

Sebulan setengah aku pergi memujuk hati yang terluka kerna kata2 ayahanda ketika marahnya dia terhadap anakanda yang keras kepala..

Hidup bagai mati.. Dihiasi dengan air mata setiap pagi.. Kata2 hikmah dari seorang abg yang perihatin membuka pintu hati untuk buang segala ego jauh dari diri..

Kerana taat itu adalah kewajipanku sebagai ratu hati ayahanda..

Maafkan anakanda kerana mengguris hatimu wahai ayahanda.. Kesedaran menerpa kerana segala doa dari keluarga..

Terima kasih tak terhingga kerana setiap doa.. Kini keluarga kita sakinah seperti sedia kala..

Maafkan aku kerna aku hanyalah manusia biasa yang sering terlupa..

Semoga adanya sang putera yang ayahanda selalu doa hadir ke dunia.. Untuk mendidik anakanda hingga jannah..

YaAllah yang maha kaya..
Tiada lain yang ku pinta..
Hanya ingin melihat senyuman terukir diwajah mereka..
Hingga tiba masa kau menjemput mereka ke jannah..
Izinkan kami menjadi anak yang soleh dan solehah..
Semoga mereka bahagia hingga menutup mata..
Hanya itu yang aku pinta..

-Syuhaidah Ali-
Sasterawan Negara..
Kihkihkih