Bersyukur




Berbahagialah dengan apa yang kau miliki..




Seringkali manusia alpa dengan perjalanan kehidupan seharian..
Mengejar dunia demi rezeki.. 
Perasaan ingin memiliki apa yang manusia lain miliki 
wujud kerana keinginan itu adalah fitrah..
Seringkali diuji dengan kesedihan barulah mencari tuhan..
Pabila kecapi bahagia..
dunia bagai syurga.. 
Hanya sisa masa diluangkan untuk Maha segala Maha..
Aku juga manusia biasa yang terlalu bahagia memiliki sebuah syurga dunia.. 
Memiliki sebuah keluarga sering perbaiki diri dari setiap ujian yang mendatang.. 
mendidik diri supaya lebih kuat menjalani kehidupan dunia..
Seringkali berdoa disepertiga supaya tidak meletakkan dunia pada hati..
Kerana sifatnya membolak balik.. 
Letakkanlah dunia hanya ditangan..
Kerana aku hanyalah manusia akhir zaman.. 
Sering perbaiki diri..
Aku bukanlah khadijah.. 
Terlalu sempurna imannya...


Thank You Allah swt.