Kerana Niat




          Kerana Niat Itu Membentuk Rupa Dan Tindakan Kita

          
          Jika kita berniat kerana Allah s.w.t kita akan membentuk tindakan kita itu dibawah petunjuk 
          Allah s.w.t. Dan kita tidak akan melencong kearah lain, melainkan arah yang diredhai oleh 
          Allah s.w.t kerana niat kita adalah untuk Allah s.w.t. Jika ada jalan yang tidak diredhai oleh 
          Allah s.w.t walaupu jalan itu nampak memberikan kita sesuatu yang lumayan dari segi 
          duniawinya, kita akan tinggalkan. Kerana niat kita adalah untuk Allah s.w.t semata-mata.
          Tetapi jika keduniaan menjadi niat kita, sudah pastilah kita akan suka untuk mengenepikan
          syariat Allah s.w.t, asalkan kita berjaya mendapatkan kemewahan yang dijanjikan oleh dunia.



"Kita akan pergi kepada apa yang diniatkan oleh kita.
Begitulah juga Cinta dan Pernikahan."




         Jika niat kita bercinta dan bernikah hanya kerana hawa nafsu semata-mata, hanya kerana 
         ikut-ikut kawan contohnya, ini akan membuatkan kita banyak mengabaikan perintah dan 
         larangan Allah s.w.t kita akan tidak segan silu mengambil jalan penderhakaan terhadap 
         Allah s.w.t saat melayari bahtera cinta dan pernikahan. Kita akan pergi kepada apa yang 
         kita hajatkan.







- Syuhaidah Binti Ali Mohamed -