Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia
sama ada keperluan dalam bentuk Kebendaan, Pemikiran, Perasaan dan Kejiwaan . .
Ada ENAM perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan
manusia . Jika keenam-enam perkara itu stabil, maka stabillah
seluruh kehidupan . . .
1. Kesihatan
2. Kewangan
3. Kerjaya
4. Ilmu pengetahuan
5. Perhubungan
6. Kekeluargaan
Sesungguhnya begitu, dalam realiti kehidupan adalah sukar untuk mencapai
kestabilan dalam semua perkara itu . Jarang sekali manusia memiliki
semua itu serentak, kerana ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu .
ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama
anggota masyarakat .
Begitulah Lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya .
Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan hidup ?
Jawapannya, Kuatkanlah iman . Iman akan dapat menampung kekurangan dalam
perkara-perkara yang lain .
Tanpa Iman, Tercetuslah kemusnahan dalam hidup manusia .
- Tingkatkanlah Kualiti Hati -
In sha Allah kita mendapat kejayaan diDunia dan diAkhirat . .
Aminnnn ~